Kanak-kanak meninggal dunia, pengasuh direman enam hari

IPOH – Seorang pengasuh wanita yang ditahan polis ekoran kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dibawah jagaannya pada Rabu, direman selama enam hari.

Wanita yang berpakaian baju lengan panjang bersama skirt labuh berwarna hitam dan tudung putih bercorak hitam itu, dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi dengan tangan digari.

Majistret, Farah Nabihah Muhammad dalam prosiding permohonan reman mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas pengasuh tersebut.

Tempoh reman bermula hari ini ini berlangsung sehingga Selasa depan bagi membolehkan polis melakukan siasatan siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a)Akta Kanak-kanak 2001.

MG Perak pada Rabu melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri dipercayai akibat terjatuh di lantai rumah pengasuh di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, polis menerima laporan berhubung insiden itu daripada ayah mangsa sekitar jam 7.20 malam Selasa.

Menurut Azizi, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk pemeriksaan lanjut namun dia disahkan meninggal dunia jam 11.10 malam pada Selasa.

Ujarnya hasil bedah siasat yang telah dijalankan jam 10.45 pagi pada Rabu mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul.

Ekoran itu, polis telah menahan seorang wanita berusia 30 tahun yang juga pengasuh kanak-kanak terbabit bagi membantu siasatan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Budak perempuan dua tahun maut, pengasuh ditahan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI