Kontraktor tidak mengaku salah tumbuk, tampar ibu saudara, nenek

TELUK INTAN – Seorang kontraktor rumah didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Khamis atas pertuduhan menumbuk dan menampar ibu saudara serta nenek pada Isnin.

Tertuduh, MD Nava Rajan, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T Ashvinii.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas ibu saudara, P. Rajaspray, 68, dengan cara menumbuk pada bahagian muka.

Selain itu tertuduh juga didakwa menyebabkan cedera ke atas nenek lelaki itu, R Kamalam, 90, dengan cara menampar pada bahagian sama.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Teratai J4/6 Taman Indah Jaya, dekat sini, dalam Daerah Hilir Perak pada jam 10.30 malam, 5 Ogos lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan juga dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama iaitu mendatangkan kecederaan terhadap ahli keluarga lain yang membawa kepada hukuman penjara dua kali ganda dari tempoh maksimum penjara untuk kesalahan di bawah seksyen berkaitan.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin serta dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran dan tidak boleh mengganggu kedua-dua mangsa.

Mahkamah menetapkan 10 September sebagai tarikh sebutan semula kes, dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Ainaa Liyana Mohd Talal sementara tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S Kumaresan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Akibat cemburu, pelajar tingkatan satu ditampar berulang kali

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI