Pekerja kontrak mengaku salah rogol gadis bawah umur tiga kali

Ipoh: Seorang pekerja kontrak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur sebanyak tiga kali, Julai lalu.

Tertuduh, Muhammad Farriz Izwan, 18, membuat pengakuan itu sebaik tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

Bagi semua pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun dalam sebuah bilik hotel di Medan Pengkalan Impian, di sini, antara jam 12 tengah malam sehingga 5.30 pagi, 31 Julai lalu.

Untuk itu, tertuduh yang masih bujang didakwa setiap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amirah Nabihan Shahrir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 8 Oktober depan untuk serahan laporan perubatan.

MG Perak sebelum ini melaporkan seorang remaja lelaki yang juga pekerja kontrak ditahan polis kerana disyaki merogol pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah rumah di Simpang Pulai, di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, suspek berusia 18 tahun itu ditahan pada 31 Julai lalu sekitar jam 11.30 malam selepas laporan polis dibuat mangsa pada jam 10.25 malam hari yang sama.

Hasil semakan rekod lampau turut mendapati, suspek mempunyai satu rekod lampau kesalahan jenayah. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Remaja lelaki ditahan, rogol kenalan perempuan 16 tahun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI