Polis serbu makmal dadah di Buntong, babit rampasan lebih RM300,000

IPOH – Polis Perak menyerbu sebuah rumah di Buntong, dekat sini yang dijadikan makmal pemprosesan dadah membabitkan rampasan bernilai RM337,683, pada Rabu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, hasil risikan dan maklumat, enam anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Perak telah menyerbu kediaman berkenaan dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun, pada jam 8.25 malam.

Katanya, hasil pemeriksaan di rumah suspek yang terlibat dalam kegiatan itu, pihak polis menjumpai dadah pelbagai jenis dengan kesemuanya dianggarkan seberat 18.41 kilogram (kg).

Makmal dadah ipoh polis suspek lelaki rampasan pemprosesan polis perak azizi
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris pada sidang media berkenaan kejayaan anggota polis menumpaskan makmal dadah haram di kawasan Ipoh, pada Rabu lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 OGOS 2024.

“Dadah yang dirampas adalah Methamphetamine dengan anggaran berat 1.44 kg, 745 gram (g) (Heroin Base), 765 g (Heroin), 560 g (Pil Erimin 5), serta Pil Estacy dianggarkan seberat 381 g.

“Turut ditemukan, serbuk dadah disyaki jenis Kafein anggaran berat 12.74 kg dan serbuk jus disyaki dadah dengan berat 1.780 g,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pada Jumaat.

Ujar beliau lagi, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap lelaki berkenaan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Makmal dadah ipoh polis suspek lelaki rampasan pemprosesan polis perak azizi
Sebahagian bungkusan dadah yang dianggarkan bernilai RM337,683.60 ketika sidang mediaKetua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 OGOS 2024.

Menurut beliau, semakan terhadap suspek juga mendapati dia mempunyai 10 rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah dan empat rekod lampau kes jenayah.

Jelas Azizi, pihak polis juga tidak menolak kemungkinan lelaki itu ada mempunyai kaitan atau terlibat dengan kegiatan kumpulan jenayah seperti kongsi gelap.

“Apabila melibatkan kes makmal dadah, pihak polis percaya ia tidak bergerak sendiri yang mana ia membabitkan pihak pembekal dan pengedar.

“Oleh sebab itu kita masih menyiasat bagi mengesan individu lain yang terlibat. Justeru, mungkin akan ada siri tangkapan lain nanti,” katanya lagi.

Makmal dadah ipoh polis suspek lelaki rampasan pemprosesan polis perak azizi
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris menunjukkan bungkusan dadah yang dianggarkan bernilai RM337,683.60 ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 OGOS 2024.

Jelas beliau, hasil siasatan awal mendapati, sindiket itu dipercayai aktif sejak Mei lalu dan dadah yang dirampas disyaki untuk pasaran tempatan dengan ia dianggarkan boleh digunakan 42,337 orang penagih.

Tambah Azizi, suspek direman selama enam hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris menunjukkan bungkusan dadah yang dianggarkan bernilai RM337,683.60 ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 OGOS 2024.

Pada masa sama beliau berkata, polis turut merampas semua peralatan dan bahan kimia yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah.

“Tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 juga diambil yang mana sebuah kereta disita dengan anggaran nilai RM125,000.

“Oleh itu, anggaran keseluruhan rampasan dadah bersama harta yang disita adalah RM462,683,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki bergelar Datuk dalang Sindiket seludup arak, dadah diberkas

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI