OB pertama di Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah kini kembali bertugas

IPOH – Seorang pengawal keselamatan berjaya kembali ke alam pekerjaan selepas menjalani proses pemulihan sebagai Orang Berinsuran (OB) pertama yang menerima rawatan di Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sultan Nazrin Shah di Meru Raya, di sini.

Omar Abdul Hamid, 55, yang telah berkhidmat selama 16 tahun sebagai pengawal keselamatan di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kampar berkata, dia dimasukkan ke pusat rehabilitasi itu selepas motosikal yang ditunggangi terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah pacuan empat roda pada Mei tahun lalu.

Katanya, kemalangan itu telah mengakibatkan dia mengalami kecederaan serius pada beberapa bahagian anggota badan sebelah kanan, termasuk beberapa keretakan tulang pada sendi siku sehingga memerlukan rawatan dan proses pemulihan rapi.

Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah orang berinsurans PERKESO, kembali bekerja selepas kemalangan, rehabilitasi PERKESO, rawatan fisioterapi PERKESO, pemulihan selepas kemalangan jalan raya
Pesakit menjalani pelbagai program rehabilitasi di bawah pemantauan ahli terapi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 JUN 2026.

“Akibat kemalangan itu, beberapa bahagian anggota badan cedera, saya termasuk siku saya patah, dan saya terpaksa menjalani pembedahan untuk memasukkan plat serta skru.

“Pada awalnya tangan saya langsung tidak boleh bergerak. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan rehabilitasi, tangan saya sudah boleh digerakkan semula seperti biasa,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di sini, pada Selasa.

Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah orang berinsurans PERKESO, kembali bekerja selepas kemalangan, rehabilitasi PERKESO, rawatan fisioterapi PERKESO, pemulihan selepas kemalangan jalan raya
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (kanan) berkenan menyerahkan Sijil Pengiktirafan Istimewa kepada Omar Abdul Hamid, 55 yang merupakan Orang Berinsurans (OB) PERKESO Pertama pada Majlis Perasmian Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah di Bandar Meru Raya, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 JUN 2026.

Pada majlis, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan sijil pengiktirafan istimewa daripada PERKESO kepada Omar sebagai OB pertama yang menjalani program rehabilitasi di pusat berkenaan pada 22 Julai tahun lalu.

Bapa kepada empat anak itu berkata, impak daripada kemalangan jalan raya itu dia mengalami kesakitan pada bahagian siku, pergerakan bahu kanan yang terhad, serta genggaman tangan yang lemah.

Katanya, susulan itu dia ditempatkan ke pusat rehabilitasi tersebut bermula dari 22 Julai sehingga 29 Ogos tahun lalu selepas selesai menjalani pembedahan susulan akibat kecederaan yang dialami.

Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah orang berinsurans PERKESO, kembali bekerja selepas kemalangan, rehabilitasi PERKESO, rawatan fisioterapi PERKESO, pemulihan selepas kemalangan jalan raya
Pesakit menjalani sesi rehabilitasi menggunakan teknologi robotik, exoskeleton dan sistem latihan mobiliti berteknologi tinggi ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 JUN 2026.

Menurut Omar, dia pada awalnya dimaklumkan akan dirujuk ke Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak di Melaka sebelum rujukan kesnya ditukar ke Ipoh yang ketika itu pusat rehabilitasi berkenaan baru memulakan operasi.

“Pada hari pertama saya di sini saya difahamkan terdapat 13 orang OB, termasuk saya, yang menjalani rawatan rehabilitasi. Saya menjalani rutin harian untuk sesi fisioterapi kira-kira selama enam minggu.

“Sebelum mendapat rawatan, keupayaan tangan saya hanya sekitar 20 hingga 30 peratus sahaja. Namun, selepas tamat sesi berkenaan, tahap kekuatan tangan saya meningkat sehingga 90 peratus.

“Genggaman tangan saya semakin baik, sakit pada bahagian siku kanan semakin kurang serta keupayaan saya untuk menjalani aktiviti kehidupanb harian semakin pulih,” katanya lagi.

Pesakit menjalani sesi rehabilitasi menggunakan sistem Galileo yang menggabungkan teknologi realiti maya (VR) dan simulasi persekitaran interaktif bagi membantu meningkatkan keseimbangan, koordinasi pergerakan serta keyakinan diri dalam proses pemulihan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 JUN 2026.

Pada masa sama, dia turut menyifatkan fasiliti serta kemudahan yang disediakan di Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah sebagai pusat rawatan pemulihan moden yang lengkap dan terbaik khususnya kepada OB yang sedang memerlukan pros

“Bagi saya, fasiliti di sini memang terbaik. Saya tidak sangka terdapat pelbagai peralatan berteknologi tinggi termasuk peralatan robotik yang dapat membantu pesakit seperti saya untuk menjalani proses pemulihan.

“Oleh itu, sesiapa yang membuat caruman PERKESO memang beruntung kerana dapat menikmati kemudahan dan rawatan seperti ini apabila diperlukan,” ujarnya.

Pesakit menjalani sesi rehabilitasi dengan bimbingan ahli terapi menggunakan pelbagai kemudahan dan teknologi pemulihan berasaskan robotik serta sibernik ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette (MG) Perak di Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 JUN 2026.

Difahamkan, sebelum menjalani proses rehabilitasi, Omar hanya mampu melaksanakan tugas sebagai pengawal keselamatan dengan hanya memantau rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik kawalan berikutan keterbatasan fizikal akibat kecederaan yang dialami.

Namun, selepas menamatkan program pemulihan, dia kini dapat kembali menjalankan tugas hakikinya sebagai pengawal keselamatan seperti biasa yang mana ia meliputi penugasan pemantauan dan kawalan akses keselamatan, pengurusan insiden serta memastikan persekitaran universiti berada dalam keadaan selamat. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah terbesar di Asia Tenggara

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI