IPOH – Sebanyak RM520,500 disalurkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi membantu 438 pelajar asnaf cemerlang di sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, ia bagi memastikan setiap pelajar mendapat akses kepada alat pembelajaran yang moden dan berkualiti. – MGPerak
#MalaysiaGazettePerak #MGPerak