Remaja lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, di sini, Sabtu lalu, direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman sehingga 25 Ogos ini, dikeluarkan Majistret Nurul Asyifa Redzuan terhadap suspek berusia 17 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MGPerak
#MalaysiaGazettePerak #MGPerak