MGPerak: Polis Perak Terima RM40 Juta Tambah Baik Kuarters Dan Fasiliti PDRM

90

LENGGONG – Polis Kontinjen Perak menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan lebih RM40 juta bagi kerja-kerja penambahbaikkan kuarters dan pembaikan bangunan serta fasiliti pada tahun lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM29.49 juta diterima pihaknya di bawah Rolling Plan 3 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk tahun 2023 sehingga 2025.

Katanya, peruntukan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu disalurkan melalui dua skop kerja iaitu secara terus kepada kontinjen negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Jelas beliau, daripada jumlah itu pula, sebanyak RM25.26juta diperuntukan bagi pembaikan dan penyelenggaraan kuarters polis di seluruh negeri. -MGPerak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini