Kepala air Slim River: Jambatan runtuh akibat sisa kayu ditinggalkan, hanyut

TANJUNG MALIM – Sisa kayu dan pokok tumbang yang hanyut dalam kejadian kepala air sehingga meruntuhkan sebuah jambatan lama di Sungai Slim, dekat sini pada Jumaat bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebaliknya ia merupakan sisa kayu yang ditinggalkan dan dihanyutkan arus deras sungai.

“Saya tidak rasa ia (berpunca daripada sisa aktiviti pembalakan haram). (Sebaliknya berkemungkinan) ia kayu-kayan yang ditinggalkan sebelum dihanyutkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau l Jambatan Lama Sungai Slim di Jalan Slim River – Behrang Hulu, dekat sini yang runtuh, pada Sabtu.

Semalam media melaporkan lebih 100 mangsa terperangkap dalam kejadian kepala air dan empangan pecah di Slim Village, Slim River dekat sini pada lewat petang.

Kejadian itu turut mengakibatkan tiga jambatan runtuh dan terputus laluan iaitu termasuk jambatan sepanjang 77 meter itu.

Dalam pada itu Saarani memberitahu, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memulakan kerja-kerja pembersihan sisa kayu yang hanyut sesegera mungkin.

“Hari ini, JKR akan lakukan kerja pembersihan itu kerana jika tidak dilakukan segera, kita khuatir sisa kayu itu akan dihanyutkan ke hilir dan menjejaskan jambatan lain pula,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

109 terperangkap, tiga jambatan runtuh akibat empangan pecah

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI