IPOH – Yayasan Perak buat julung kali menganjurkan Program Pembangunan Eksekutif (EDP) untuk membangunkan modal insan berkualiti serta membentuk pemimpin dinamik dan berketrampilan di negeri ini.
Pengurus Besarnya, Dr Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan berkata, menerusi program tersebut pihaknya telah mengenal pasti 10 kompetensi yang melibatkan sebahagian daripada pembangunan kepimpinan bagi menyokong agenda pembangunan negeri Perak. – MGPerak