MGPerak : Jom Terokai Sejarah Tahun 4 Bersama Si Sufi, Hasil Lukisan Si Cilik 10 Tahun

431

MULA menunjukkan minat melukis sejak berusia lima tahun, pelukis buku Jom Terokai Sejarah Tahun 4 Bersama Si Sufi, Muhammad Sufi Sofian terus mengembangkan bakatnya dengan mencipta lukisan terbaharu seperti pelukis profesional.

Karakter pertama yang dihasilkan anak sulung daripada dua beradik itu adalah watak dirinya yang berpenampilan rambut pendek dan lurus.

Dia menterjemahkan karakter itu menerusi lukisan kerana di dunia realiti dia mempunyai rambut kerinting.

Pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Idris II yang mesra disapa Sufi, gemar membaca komik dan mengagumi hasil karya kartunis terkenal negara, Datuk Mohd Nor Khalid atau dikenali sebagai Datuk Lat. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

BACA ARTIKEL:

Jom Terokai Sejarah Tahun 4 bersama Si Sufi, hasil lukisan si cilik 10 tahun

Jom Terokai Sejarah Tahun 4 bersama Si Sufi, hasil lukisan si cilik 10 tahun

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini