KAMU 2024 sasar 400,000 pengujung

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menyasarkan 400,000 pengunjung ke karnival yang mengangkat anak muda iaitu Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2024.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, karnival berkenaan akan berlangsung selama tiga hari bermula 6 September di Stadium Indera Mulia, dekat sini.

Katanya, pelbagai acara telah disusun sepanjang penganjuran antaranya, Karnival Kerjaya, festival sukan, sukan elektronik (e-sukan), berbasikal, larian, pameran permotoran, demonstrasi, pertandingan kumpulan muzik, Malam Taqqarub, konsert serta jualan.

Karnival anak muda KAMU 2024 pengujung Khairudin belia kerjaya
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah ketika sesi sidang media Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 OGOS 2024.

“Antara pengisian KAMU 2023 adalah program Karnival Kerjaya yang mana kita sasarkan tawaran 10,000 peluang pekerjaan untuk diisi pengunjung khususnya dalam kalangan anak muda.

“Tawaran kerja daripada lebih 60 syarikat dan agensi itu membabitkan sektor pembuatan, perkhidmatan, perhotelan serta kilang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media KAMU 2024 anjuran Kerajaan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Karnival anak muda KAMU 2024 pengujung Khairudin belia kerjaya
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah (tengah) ketika sesi sidang media Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Khamis. Turut hadir Pengarah Program KAMU 2024, Hamidi Baharuddin dan Pengurus Besar People of Remarkable Talents (PORT), Nur Hanim Mohamed Khairuddin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 OGOS 2024.

Hadir sama, Pengarah Program KAMU 2024 merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Mohamad Hamidi Baharuddin serta Pengurus Besar People of Remarkable Talents (PORT), Nur Hanim Mohamed Khairuddin.

Menurut beliau lagi, selain Pertandingan Bola Sepak Anak Muda Orang Asli, buat julung kalinya, karnival berkenaan menganjurkan program Sayembara Puisi dan Lagu.

Kata beliau, program yang dianjurkan Jabatan Pendidikan Negeri dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu menerima 150 orang penyertaan pelajar sekolah.

Karnival anak muda KAMU 2024 pengujung Khairudin belia kerjaya

Poster Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2024.

Ujar Khairudin, sebagai program suntikan kerohanian, KAMU 2024 turut akan mengadakan Majlis Ilmu ‘Malam Taqarrub bersama Anak Muda’ yang menampilkan penceramah Pencetus Ummah (PU) Yeop dan Imam Muda Megat serta qasidah oleh Kumpulan Majlis Rasulullah.

“Sebagai meraikan kejayaan Bandaraya Ipoh yang menerima status Bandar Kreatif Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam kategori muzik, beberapa acara berkaitan turut disusun.

“Ia termasuk penganjuran pertandingan tarian breakdance melibatkan barisan juri dari Indonesia, Malaysia dan United Kingdom.

“Di samping itu, acara yang sering menjadi tumpuan KAMU adalah Konsert Kemuncak yang akan menampilkan Bittersweet, Ruffedge, Aishah Retno, Loko dan Cyrus Park,” katanya lagi.

Tambah Khairudin lagi, beliau yakin KAMU 2024 akan mendapat respon menggalakan daripada pengunjung pelbagai generasi dan latar belakang seiring dengan kempen Tahun Melawat Perak yang sedang berjalan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah (tengah) hadir ke sidang media Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Khamis. Turut hadir Pengarah Program KAMU 2024, Hamidi Baharuddin dan Pengurus Besar People of Remarkable Talents (PORT), Nur Hanim Mohamed Khairuddin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 OGOS 2024.

“Karnival ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga sebuah landasan yang menyediakan peluang kepada belia untuk menonjolkan bakat, mendapatkan bimbingan, dan membina rangkaian yang bermanfaat.

“Kami yakin KAMU 2024 akan menjadi dorongan penting yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk para belia Perak untuk terus maju selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Karnival J.O.M Healing dekati jiwa belia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI