MGPerak : KPWKM, KKDW Di Peringkat Akhir Lantik Pasukan Perlindungan Kanak Kanak

172

Perbincangan berhubung perlantikan pemimpin setempat sebagai ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak berada di peringkat akhir antara dua kementerian.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, perlantikan tersebut melibatkan kerjasama antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Menurutnya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) akan dilantik sebagai ahli pasukan berkenaan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini