Lebih 1,000 meriahkan KS24 Ipoh

IPOH – Lebih 1,000 masyarakat berbilang kaum dari Perak serta negeri berhampiran menunjukkan semangat patriotik dengan menyertai program Keretapi Sarong 2024 (KS24) yang diadakan di Stesen Keretapi Ipoh di sini pada Sabtu.

Peserta dari pelbagai peringkat usia dan bangsa mula berkumpul di Dataran KTM di sini, seawal jam 7 pagi.

Program yang diadakan bersempena Hari Malaysia ini dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), LOCCO dan Kelab Sosial Ipoh (ISC) berjaya menghimpunkan rakyat dengan mengenakan pelbagai busana tradisional.

Lebih 1,000 meriahkan KS24 Ipoh
Peserta mengenakan pakaian tradisional ketika menyertai program Keretapi Sarong 24 (Ipoh) anjuran Locco dan Kelab Sosial Ipoh di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 SEPTEMBER 2024.

Pada tahun ini, KS24 bertemakan Bangga Malaysia (Proud Malaysia) yang mengangkat kelebihan jenama tempatan luar biasa yang membentuk identiti kolektif kita.

Memeriahkan lagi suasana, pelbagai nyanyian lagu patriotik dan tradisional turut disertai joget lambak antaranya, Keranamu Malaysia, Gemuruh dan Cik Mek Molek.

Penganjurnya, Irfan Azhim Zulkifli, 28, berkata, aktiviti yang sama seperti joget lambak dan nyanyian lagu lama menggamit memori dengan memakai pakaian tradisional mengikut kaum masing-masing.

Lebih 1,000 meriahkan KS24 Ipoh
Temubual Pengasas Bersama Kelab Sosial Ipoh, Irfan Azhim Zulkifli, 28, di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 SEPTEMBER 2024.

“Untuk pengisian hari ini kita akan berarak ke Arlene House serta Hourglass Coffee dan melakukan beberapa aktiviti antaranya sesi suai kenal, kuiz mengenai sejarah Malaysia dan berjoget lambak.

“Pengisian sama dengan tahun sebelum ini cuma apa yang berbeza adalah pemilihan lokasi. Setiap tahun kita akan pergi ke lokasi lain dan akan mempromosikan produk tempatan di Ipoh,“ katanya ketika ditemui di Stesen Keretapi Ipoh, pada Sabtu.

Selain di Ipoh, acara utama turut berlangsung di Lembah Klang serta beberapa lokasi terpilih, iaitu di Johor Bahru, Kota Bharu, Bukit Mertajam, Alor Setar termasuk dua lokasi luar negara, iaitu Paris di Perancis dan Berlin, Jerman. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak promosi produk Ipoh melalui ETS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI