IPOH – Seorang pekerja restoran di kawasan rehat dan rawat (R&R) Tapah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur sehingga melahirkan anak, pada tiga tahun lalu.
Tertuduh, Mohamad Al-Fierus Syarkawie Mohd Khamis, 24, mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





