MAHA 2024: Sultan Nazrin berangkat ke Pavilion Negeri Perak

SERANG – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Pavilion Negeri Perak sempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2024, di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), dekat sini, pada Khamis.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim serta adinda Sultan Nazrin, Raja Datuk Seri Eleena Sultan Azlan Shah.

MAHA 2024 Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pavilion Negeri Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berkenan melawat pameran di Pavilion Negeri Perak sempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2024, di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Foto Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Keberangkatan tiba baginda pada jam 11 pagi disambut Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed yang mewakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Antara hadir sama, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin; serta Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Zaki Mahyudin.

MAHA 2024 Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pavilion Negeri Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berkenan melawat pameran di Pavilion Negeri Perak sempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2024, di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Foto Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara kemudian disambut dengan persembahan kebudayaan oleh Kumpulan Selendang Perak sebelum berangkat melawat pameran-pameran yang terdapat di Pavilion Negeri Perak.

Baginda berdua dipersembahkan dengan pameran berkaitan pertanian, perikanan, kraftangan, kebudayaan, dan teknologi di Negeri Perak.

MAHA 2024 Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pavilion Negeri Perak pameran
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah serta Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berkenan berangkat ke Pavilion Negeri Perak sempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2024, di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Foto Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Baginda berdua turut berkenan untuk melawat ke Petting Zoo atau zoo haiwan jinak, yang dibawakan khas dari Zoo Taiping sempena ulang tahun ke-150 bandar Taiping.

Sebelum berangkat pulang, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan berangkat melawat Laman Perikanan yang diuruskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia serta Pasar Terapung di D’Laman Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berangkat ke Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI