Rakyat perlu bersatu bangun ekonomi negara – Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu bersatu dan bekerjasama dalam usaha mengukuhkan ekonomi negara kerana Malaysia kini berada pada waktu yang penting untuk mencatatkan pertumbuhan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kini pertumbuhan ekonomi lebih stabil dengan jangkaan ia berkembang sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua tahun ini.

“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Madani telah mencapai kemajuan yang signifikan dalam dua tahun lepas, mengarah negara ke tahap yang baru,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, prestasi Malaysia kini semakin baik apabila mencapai jumlah perdagangan yang tinggi iaitu sebanyak RM1.69 trilion.

Ujar Kor Ming, kadar inflasi dilihat semakin menurun kepada 1.9 peratus pada Ogos dengan kadar pengangguran jatuh kepada 3.3 peratus.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan perkembangan positif menunjukkan negara berada di landasan yang tepat.

“Semua perkembangan positif ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia sedang bergerak ke arah yang betul. Sudah tiba masanya untuk semua warganegara bersatu dan melabur sepenuh hati dalam membangun ekonomi negara, kerana pembangunan adalah kunci kepada kemakmuran,” tambahnya.

Ringgit dilaporkan mencecah paras RM4.19 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI