MGPerak: 86 Murid SK Chepor Cirit Birit, Muntah Selepas Keracunan Makanan

105

IPOH – Seramai 86 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini, dilaporkan mengalami simptom keracunan makanan selepas muntah dan cirit-birit pada Selasa.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, salah seorang daripada mangsa turut dimasukan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) ekoran insiden berkenaan.

Menurut beliau, berdasarkan laporan diterima dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Utara, kejadian difahamkan berlaku bermula jam 10.50 pagi pada Selasa melibatkan pelajar sesi pagi dan petang. – MGPerak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini