Nilai ringgit kukuh, pengimport diminta turunkan harga barang

IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menyeru supaya pengimport menurunkan harga barang berikutan pengukuhan ringgit terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Ujar Kor Ming, penurunan harga barang itu secara tidak langsung dapat memberi peluang untuk menikmati kenaikan nilai mata wang negara.

“Oleh kerana peningkatan ringgit yang begitu kukuh, saya selaku Menteri KPKT menyeru semua pengimport dapat turunkan harga (barang).

“Adalah perlu supaya pengimport yang telah menikmati strong currency (kekuatan mata wang) dapat kurangkan, turunkan harga (barang), supaya rakyat betul-betul boleh rasa nikmat daripada usaha kerajaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Biasa DAPSY Negeri Perak 2024 yang diadakan di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Ketua DAPSY Kebangsaan, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

Beliau berkata, nilai ekonomi dilihat semakin baik disebabkan usaha gigih kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita ada kestabilan politik, dasar yang sangat jelas dengan kerajaan yang berintegriti dan sentiasa fokus serta komited untuk melakukan reformasi,“ jelasnya.

Sebelum ini media melaporkan , ringgit terus mengekalkan momentum mengukuhnya berbanding dolar AS dengan mencecah paras RM4.12 pada Rabu lalu iaitu paras tertinggi sejak Jun 2021. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Rakyat perlu bersatu bangun ekonomi negara – Nga Kor Ming

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI