Perak sasar kurangkan penghasilan sisa pepejal

GOPENG – Perak menyasarkan pengurangan penghasilan sisa pepejal menerusi pelbagai program kesedaran terhadap masyarakat termasuk amalan pengasingan sisa bagi memastikan usaha menjaga kebersihan tidak hanya tertumpu kepada aktiviti mengutip sampah semata-mata.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, ini kerana pencapaian negeri itu yang merekodkan kutipan sisa pepejal kedua tertinggi di Malaysia pada tahun lalu tidak seharusnya dilihat sebagai kejayaan.

sisa pepejal Perak Keyphrase synonyms: penghasilan sisa pepejal, pengurusan sisa pepejal Perak, sisa pepejal di Perak, pengurangan sisa pepejal Related keyphrases — 4 untuk Yoast Premium: pengurangan sisa pepejal pengasingan sisa kitar semula Perak Hari Cuci Malaysia Perak Related keyword tambahan: pengurusan sampah di Perak
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching bergotong-royong mengutip sampah pada Majlis Pelancaran Hari Cuci Malaysia 2026 Peringkat Negeri Perak di Padang Permainan Bandar Pulai Jaya, Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 SEPTEMBER 2026.

“Lebih baik bukan bermaksud kita mahu semakin banyak sampah untuk dikutip, tetapi matlamat akhirnya ialah supaya semakin kurang sampah yang kita hasilkan dan semakin kurang sampah yang perlu dibersihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Hari Cuci Malaysia Peringkat Negeri Perak 2026 di Bandar Pulai Jaya, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Gopeng, Tuan Tan Kar Hing; Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, Mohamad Razif Ramli, serta Pegawai Daerah Kinta, Zulhisham Ahmad Shukori.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berucap pada Majlis Pelancaran Hari Cuci Malaysia 2026 Peringkat Negeri Perak di Padang Permainan Bandar Pulai Jaya, Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 SEPTEMBER 2026.

Menurut beliau, Perak merekodkan kutipan 615.82 tan sisa pepejal sepanjang tahun 2024, iaitu jumlah ketiga tertinggi di seluruh negara sebelum meningkat kepada 1,133.17 tan pada tahun lalu, sekali gus berada di tempat kedua.

Mengulas tentang program Shy Ching berkata, Hari Cuci Malaysia peringkat negeri yang memasuki tahun ketiga penganjurannya tahun ini dilaksanakan serentak oleh semua 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak membabitkan kira-kira 4,000 peserta.

Beliau berkata, kawasan di Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dipilih sebagai lokasi utama sambutan negeri di samping PBT itu turut menggerakkan aktiviti gotong-royong di 30 lokasi dengan penglibatan komuniti setempat.

sisa pepejal Perak Keyphrase synonyms: penghasilan sisa pepejal, pengurusan sisa pepejal Perak, sisa pepejal di Perak, pengurangan sisa pepejal Related keyphrases — 4 untuk Yoast Premium: pengurangan sisa pepejal pengasingan sisa kitar semula Perak Hari Cuci Malaysia Perak Related keyword tambahan: pengurusan sampah di Perak
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching melepaskan peserta Hari Cuci Malaysia 2026 Peringkat Negeri Perak di Padang Permainan Bandar Pulai Jaya, Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 SEPTEMBER 2026.

“Pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk gotong-royong, ‘plogging’, pameran serta kutipan barangan kitar semula dan minyak masak terpakai, selain pada tahun ini kita turut memperluaskan penyertaan kepada warga sekolah,” ujarnya.

Tambah beliau, program berkenaan penting bagi membudayakan amalan menjaga kebersihan dalam kalangan masyarakat supaya tanggungjawab berkenaan tidak hanya diletakkan kepada PBT.

Dalam perkembangan lain, Shy Ching turut mengucapkan tahniah kepada MDBG atas dua pengiktirafan diterima di peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

sisa pepejal Perak Keyphrase synonyms: penghasilan sisa pepejal, pengurusan sisa pepejal Perak, sisa pepejal di Perak, pengurangan sisa pepejal Related keyphrases — 4 untuk Yoast Premium: pengurangan sisa pepejal pengasingan sisa kitar semula Perak Hari Cuci Malaysia Perak Related keyword tambahan: pengurusan sampah di Perak
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching menanam anak pokok kelat paya pada Majlis Pelancaran Hari Cuci Malaysia 2026 Peringkat Negeri Perak di Padang Permainan Bandar Pulai Jaya, Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 SEPTEMBER 2026.

Beliau berkata, MDBG menerima pengiktirafan sebagai PBT nombor satu di Malaysia menerusi Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar di Taman Batu Gajah Perdana selain dinobatkan sebagai PBT Kategori Daerah Kedua Terbaik Peringkat Kebangsaan menerusi Sistem Penarafan Bintang PBT (SPB-PBT) KPKT.

“Pencapaian ini mencerminkan usaha yang konsisten dalam meningkatkan pengurusan, perkhidmatan serta kesejahteraan komuniti. Saya berharap MDBG akan terus mengekalkan momentum ini dan memperkukuh prestasi dari semasa ke semasa,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

MDBG PBT pertama perkasa komuniti tangani isu haiwan ternakan merayau

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI