Pejabat Pasport Kompleks KDN Meru kembali beroperasi

IPOH – Selepas empat tahun ditutup, pejabat pengeluar pasport Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Meru, dekat sini kembali beroperasi sejak Selasa.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, pejabat yang beroperasi di aras tiga kompleks berkenaan bersedia untuk menerima pelanggan bagi proses permohonan dan memperbaharui pasport untuk perjalanan ke luar negara.

Katanya, pengoperasian pejabat pengeluar pasport itu juga sebagai usaha mengurangkan kesesakan Pejabat Cawangan Imigresen Negeri di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di Jalan Dato’ Onn Jaafar.

Pejabat Pasport Kompleks KDN Meru kembali beroperasi pejabat pengeluar pasport imigresen perak Meor Hezbullah
Temubual Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik di Pejabat Pengeluar Pasport Bahagian Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Meru, Ipoh. FOTO ABDULLAH YUSOF, 02 OKTOBER 2024.

“Perkembangan terkini dilihat permintaan terhadap keperluan pasport adalah tinggi termasuk yang diproses di UTC Perak.

“Oleh sebab itu, kita mengoperasikan semula pejabat pengeluar pasport di Kompleks KDN Meru ini selepas mengambil kira ruang premis pejabat cawangan kita di UTC Perak agak terhad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui MG Perak di Pejabat Pengeluar Pasport Bahagian Keselamatan dan Pasport, JIM Negeri Perak, di Kompleks KDN Meru, dekat sini, pada Rabu.

Pejabat Pasport Kompleks KDN Meru kembali beroperasi pejabat pengeluar pasport imigresen perak Meor Hezbullah
Pegawai Imigresen bersedia menerima pelanggan bagi proses permohonan dan memperbaharui pasport untuk perjalanan ke luar negara di Pejabat Pengeluar Pasport Bahagian Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Meru, Ipoh selepas kembali beroperasi sejak Selasa selepas empat tahun ditutup. FOTO ABDULLAH YUSOF, 02 OKTOBER 2024.

Menurut Meor Hezbullah, pembukaan semula pejabat itu telah menjadikan penambahan kepada lima pejabat pengeluar pasport yang terdapat di Perak.

Kata beliau, selain di Meru, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan sama di UTC Perak, Pejabat Imigresen Cawangan (PIC) Pengkalan Hulu, PIC Taiping, PIC Lumut dan PIC Teluk Intan.

Pejabat Pasport Kompleks KDN Meru kembali beroperasi pejabat pengeluar pasport imigresen perak Meor Hezbullah
Pejabat Pengeluar Pasport Bahagian Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Meru, Ipoh kembali beroperasi sejak Selasa selepas empat tahun ditutup.
Pejabat yang beroperasi di aras tiga kompleks berkenaan bersedia untuk menerima pelanggan bagi proses permohonan dan memperbaharui pasport untuk perjalanan ke luar negara. FOTO ABDULLAH YUSOF, 02 OKTOBER 2024.

“Pengoperasian penuh pejabat pengeluar pasport di Kompleks KDN Meru ini akan membantu menambah 300 lagi jumlah pengeluaran pasport sehari di Perak.

“Dan kami menerima kehadiran 70 pelanggan pada hari pertama pejabat itu kembali beroperasi, sementara lebih 100 pada hari kedua. Kami menjangkakan angka itu akan bertambah dari semasa ke semasa,” jelasnya lagi.

Pejabat Pasport Kompleks KDN Meru kembali beroperasi pejabat pengeluar pasport imigresen perak Meor Hezbullah
Pegawai Imigresen bersedia menerima pelanggan bagi proses permohonan dan memperbaharui pasport untuk perjalanan ke luar negara di Pejabat Pengeluar Pasport Bahagian Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Meru, Ipoh selepas kembali beroperasi sejak Selasa selepas empat tahun ditutup. FOTO ABDULLAH YUSOF, 02 OKTOBER 2024.

Meor Hezbullah menambah, pejabat pengeluar pasport yang menempatkan 25 pegawai itu menawarkan tujuh jenis perkhidmatan di 11 kaunter.

Ia adalah, Permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) rujukan Sabah dan Sarawak; Permohonan Dokumen Perjalanan Terhad; Permohonan Sijil Perakuan Cemas; penerimaan kes kehilangan, kerosakan atau siasatan; semakan pengesahan keluar masuk, permohonan semakan pas serta semakan senarai syak.

Jelas beliau lagi, pejabat pengeluar pasport di Kompleks KDN Meru beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, antara jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Pejabat Pengeluar Pasport Bahagian Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Meru, Ipoh kembali beroperasi sejak Selasa selepas empat tahun ditutup.
Pejabat yang beroperasi di aras tiga kompleks berkenaan bersedia untuk menerima pelanggan bagi proses permohonan dan memperbaharui pasport untuk perjalanan ke luar negara. FOTO ABDULLAH YUSOF, 02 OKTOBER 2024.
Pegawai Imigresen bersedia menerima pelanggan bagi proses permohonan dan memperbaharui pasport untuk perjalanan ke luar negara di Pejabat Pengeluar Pasport Bahagian Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Meru, Ipoh selepas kembali beroperasi sejak Selasa selepas empat tahun ditutup. FOTO ABDULLAH YUSOF, 02 OKTOBER 2024.

Kata beliau, pejabat akan ditutup sejam bagi waktu rehat bermula jam 1 tengah hari, sementara pada hari Jumaat, ia ditutup sementara antara jam 12.15 tengah hari, sehingga 2.45 petang.

“Imigresen Perak berharap usaha ini akan membantu menambah baik perkhidmatan JIM kepada orang ramai dan pemegang taruh.

“Melalui pengoperasian semula pejabat pengeluar pasport ini, ia akan merealisasikan hasrat pengurusan dan pimpinan tertinggi kementerian serta Jabatan,” ujarnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Imigresen lanjut waktu operasi pejabat pada cuti sekolah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI