Tiga subkontraktor tersangkut di kren pengangkat

IPOH – Tiga subkontraktor tersangkut di kren pengangkat yang rosak ketika melakukan kerja-kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, di sini malam tadi.

Bagaimanapun, tindakan pantas pasukan Bomba dan Penyelamat berjaya membawa turun mangsa dalam keadaan selamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, ketiga-tiga mangsa yang berusia 20an dan 30an itu terdiri daripada lelaki tempatan dan dia warga Myanmar.

Kataya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat digegaskan ke lokasi untuk melakukan kerja-kerja menyelamat.

“Bomba tiba jam 8.57 malam dan mendapati terdapat tiga orang pekerja iaitu seorang lelaki tempatan dan dua lelaki warga Myanmar di kren pengangkat itu.

“Difahamkan mereka merupakan subkontraktor bagi kerja pemasangan papan tanda kedai,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sabarodzi berkata, Ketua Operasi, PBK II Mohd Fakhrurazi Johari mengarahkan anggota menggunakan pemasangan pelantar untuk membawa turun mangsa dan kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederan.

Operasi tamat jam 9.48 malam. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI