Perak lancar tiga buku Siri Penerbitan Perak Sejahtera 2030

IPOH – Perak antara negeri yang menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperkasakan penerbitan buku berbahasa Melayu.

Justeru, sebanyak tiga buku baharu dilancarkan di negeri ini iaitu ‘Potensi dan Laluan Kerjaya TVET’, ‘Celik Tulis: Santuni Murid Orang Asli’, dan ‘Sisa Menjadi Sumber: Strategi Ekonomi Kitaran’.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, buku tersebut adalah hasil penyelidikan mendalam yang akan menjadi sumber penting dalam memastikan pembangunan yang lebih tersusun dan berimpak tinggi.

Perak lancar tiga buku Siri Penerbitan Perak Sejahtera 2030
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Malam Jalinan Mesra Perak Sejahtera 2030: Stakeholders Appreciation And Networking Dinner dan Majlis Penutup Perak Sejahtera 2030 Summit X Pemikir Darul Ridzuan di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 OKTOBER 2024.

“Malam ini, (semalam) kita akan menyaksikan pelancaran tiga buah buku dalam Siri Penerbitan Perak Sejahtera 2030.

“Pelancaran buku ini adalah bukti bahawa negeri Perak bukan sahaja fokus kepada pembangunan fizikal tetapi juga kepada pembangunan intelektual.

“Buku-buku ini akan menjadi rujukan penting dalam merangka dasar-dasar yang lebih inklusif dan mampan untuk pembangunan negeri yang lebih seimbang,”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Jalinan Mesra Perak Sejahtera 2030 dan Majlis Penutup Perak Sejahtera 2030 Summit X Pemikir Darul Ridzuan di Hotel Casuarina @ Meru, malam tadi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (dua, kiri) menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman pada Malam Jalinan Mesra Perak Sejahtera 2030: Stakeholders Appreciation And Networking Dinner dan Majlis Penutup Perak Sejahtera 2030 Summit X Pemikir Darul Ridzuan di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 OKTOBER 2024.

Sementara itu, Saarani berkata, pada majlis tersebut turut berlangsung pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuhkan penerbitan ilmiah serta memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negeri Perak.

“Selain itu, (IDR) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) juga akan memeterai MoU dalam usaha mengukuhkan agenda Koridor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia.

“IDR dan PERKESO sedang membangunkan sebuah dashboard yang menyediakan statistik tenaga buruh dan analisis komprehensif mengenai pelaksanaan program TVET.

“Dashboard ini memberi gambaran yang jelas kepada pembuat dasar mengenai peluang dan cabaran dalam pelaksanaan program TVET,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Program Pembangunan Eksekutif sokong agenda Perak Sejahtera 2030

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI