Persekitaran tempat kerja perlu diberi perhatian, cegah kesihatan mental

IPOH – Kesihatan mental di tempat kerja merujuk kepada kesejahteraan psikologi dan emosi pekerja yang memainkan peranan penting dalam produktiviti, kepuasan kerja serta pengurangan kadar ketidakhadiran.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, antara tanda-tanda masalah kesihatan di tempat kerja adalah penurunan prestasi kerja dan ketidakupayaan untuk memberi tumpuan.

Menurutnya, selain itu, ia juga termasuk perubahan dalam tingkah laku juga melibatkan peningkatan ketidakpuasan atau konflik.

“Justeru, membantu individu yang mengalami masalah kesihatan mental di tempat kerja adalah satu tanggungjawab yang penting untuk memastikan kesejahteraan mereka.

“Antara kaedah awal untuk membantu golongan ini adalah dengan mewujudkan suasana yang menimbulkan rasa selamat.

Persekitaran tempat kerja perlu diberi perhatian, cegah kesihatan mental
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024 Peringkat Negeri Perak di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 OKTOBER 2024.

“Ini adalah sebagai satu dorongan kepada mereka dengan memberi perhatian kepada persekitaran mengenai tanda-tanda awal masalah kesihatan mental kalangan rakan sekerja seterusnya mencuba menyediakan bantuan atau akses kepada bantuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena program Hari Kesihatan Mental Sedunia anjuran Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini pada Khamis.

Seramai 250 warga kerja, pelajar PUO dan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta hadir pada program tersebut.

Sivanesan berkata, semua pihak perlu memainkan peranan penting untuk membantu individu yang menghadapi masalah mental antaranya pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Persekitaran tempat kerja perlu diberi perhatian, cegah kesihatan mental
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan berucap pada Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024 Peringkat Negeri Perak di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 OKTOBER 2024.

“NGO boleh memainkan peranan di dalam membantu anggota kesihatan dalam mengenalpasti pesakit mental, membantu memberi sokongan dan latihan kepada keluarga di dalam mengendalikan pesakit mental serta memberi kesedaran kepada komuniti di dalam mengurangkan stigma yang sebenarnya masih berlaku sehingga hari ini.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua pihak supaya terus menjalankan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan mental yang boleh memberi maklumat dan informasi yang jelas kepada masyarakat tentang kesihatan mental,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kesihatan mental kanak-kanak meningkat dua kali ganda

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI