Pelepasan air terkawal di Empangan Chenderoh – TNB

IPOH – Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan pelepasan air terkawal di Empangan Chenderoh perlu dilakukan bagi mengimbangi kadar kemasukan dan pelepasan air.

Ia susulan mesej yang sedang tular mengenai pelepasan air dari Empangan Chenderoh dan kenaikan paras air Sungai Perak.

Menurut kenyataan itu, pelepasan air itu dibuat berikutan kenaikan paras air susulan hujan yang berterusan di kawasan tadahan yang luas.

“TNB bekerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi berkaitan bagi memastikan proses pelepasan air secara terkawal dan terancang dapat dilakukan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) demi keselamatan orang ramai.

“Sehubungan itu, kami ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak lengkap yang boleh menimbulkan kegusaran di kalangan orang awam,” jelas kenyataan tersebut pada Selasa.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi TNB dengan Private Message di Facebook TNB CareLine atau Direct Message ke X @Tenaga_Nasional. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mangsa banjir Perak meningkat, Hilir Perak daerah baharu dinaiki air

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI