SUNGAI SIPUT – Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta memaklumkan lebih awal kepada pihak berkaitan jika ingin melakukan pelepasan air dari empangan hidroelektrik miliknya di sepanjang Sungai Perak bagi mengelakkan tragedi banjir besar 2014 daripada berulang.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keputusan yang diambil TNB untuk pelepasan air 10 tahun lalu dari Empangan Temengor dan Empangan Kenering tanpa memaklumkan kepada Pejabat Daerah mengakibatkan berlaku banjir besar di bahagian hulu Sungai Perak. – MGPerak