Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hari ini, turun padang ke pusat pemindahan sementara (PPS) menyantuni mangsa banjir di daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
Beliau memulakan lawatan seawal jam 9 pagi ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pahit diikuti PPS SK Kerunai di Gerik serta meluangkan masa kira-kira 30 minit menyantuni mangsa banjir melibatkan pelbagai lapisan usia di setiap lokasi tersebut. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak