Lelaki ditemukan maut dalam kenderaan pacuan empat roda

IPOH – Seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berkunci di Taman Hillpark Waterfront, Lahat, dekat sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian membabitkan mangsa berusia 42 tahun itu pada jam 11.36 pagi.

Lelaki ditemukan maut dalam kenderaan pacuan empat roda bomba mangsa Sabarodzi
Pasukan bomba sedang membawa keluar seorang lelaki yang ditemukan maut dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di Taman Hillpark Waterfront, Lahat. Foto JBPM Perak

Katanya, sejurus selepas itu lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati terdapat individu di bahagian kerusi pemandu dalam sebuah kereta jenis Mitsubishi Triton yang terkunci.

“Anggota bomba berjaya membuka pintu dengan menggunakan peralatan khas untuk membawa keluar mangsa.

“Lelaki itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah Sabarodzi, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Nizam Abdul Manaf itu tamat pada jam 12.35 tengah hari. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar jip

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI