Tiada istilah Pemuda UMNO Bukit Gantang ‘lumpuh’ – Saarani

TAIPING – Tiada istilah Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang ‘lumpuh’ seperti yang didakwa berikutan berlakunya peletakan jawatan beberapa ahli jawatankuasa sayap itu.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, UMNO Bahagian Bukit Gantang sudah membuat laporan berhubungan perkara itu kepada Setiausaha Agung UMNO mengikut prosedur parti.

Menurutnya, semua pihak berkaitan kini perlu menunggu surat arahan daripada Setiausaha Agung UMNO supaya mesyuarat perwakilan diadakan bertujuan untuk pemilihan semula.

“Dia tak lumpuh sebenarnya. Sebab ada klausa dalam perlembagaan UMNO. Jika mana-mana entiti, tak semestinya pemuda atau puteri atau wanita termasuk bahagian.

“Jika terdapat seluruh jawatan kuasa meletakkan jawatan ataupun bilangan meletakkan jawatan itu menyebabkan tidak boleh diadakan mesyuarat jawatankuasa bahagian, maka kena buat mesyuarat perwakilan semula.

“InsyaALLAH, tidak ada apa-apa masalah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2024 Siri 8 di Dewan Bunga Raya, Changkat Jering di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohamad Adri Adha Mohamad memaklumkan menyerahkan perkara tersebut kepada Ketua UMNO Bahagian, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie.

“Saya telah menyerahkan kepada beliau (Mohammad Sollehin) untuk menyelesaikan krisis ini. Saya percaya bahawa beliau mampu menyelesaikannya dengan cara yang bijaksana.

“Di samping itu, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah meletak jawatan Ketua Pemuda. Naib Ketua Pemuda juga tidak pernah meletak jawatan termasuk ahli jawatankuasa (AJK) yang masih bersama Pemuda UMNO,“ katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini sekali gus menepis dakwaan sebuah portal berita berkaitan perkara tersebut baru-baru ini.

Pada 17 Oktober lalu sebuah portal berita melaporkan Pemuda UMNO Bukit Gantang didakwa ‘lumpuh’ apabila hampir semua AJK meletak jawatan kerana dipercayai tidak berpuas hati dengan prestasi Mohamad Adri Adha.

Laporan tersebut turut mendakwa hanya Mohamad Adri Adha kekal dalam jawatankuasa itu selepas Naib Ketua Pemuda serta barisan AJK bahagian terbabit meletak jawatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PKR setuju terus perkukuh hubungan kerjasama UMNO, BN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI