Sultan Perak terima serahan zakat perniagaan RM9.78 juta

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM9.78 juta daripada tujuh syarikat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Iskandariah, di sini, pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, majlis penyerahan didahului Ipoh Specialist Hospital Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Badrul Hisyam Ibrahim serahan zakat berjumlah RM1,057,200.83.

Menurutnya, ia disusuli Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Idris Lasim dengan serahan zakat berjumlah RM1,035,816.70.

“Dalam majlis sama, Koperasi Kemajuan Tanah Perak Berhad yang diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Mohammed Akhiar Ahmad Wazir Affandi menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM128,523.20.

“Seterusnya, diikuti Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad diwakili Pengerusinya, Nor Sharifuddin Yeop Sabar dengan serahan zakat berjumlah RM423,276.89.

“Berikutnya, Lembaga Air Perak diwakili Pengurus Besar, Ir. Lokman Abd Rahim menyerahkan zakat berjumlah RM4,700,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mubarak Ali Gulam Rasul menyerahkan zakat sebanyak RM1,788,960.

“Penyerahan zakat itu diakhiri Perbadanan Menteri Besar Perak (MBInc) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Anuar Zainal Abidin dengan bayaran berjumlah RM650,000,” ujarnya.

Majlis penyerahan zakat itu diadakan di Istana Iskandariah di sini hari ini turut disaksikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Raja Kecil Sulong Perak, Raja Datuk Seri Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah; Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi  Abdul Rahim.

Sementara itu, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan anggota MAIPk kepada Pengarah Pendidikan Perak, Safuan Raba’ai. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak terima serahan zakat perniagaan RM9.27 juta

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI