IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak akan terus memantau selama sebulan restoran nasi kandar di sini yang tular membasuh peralatan memasak di atas jalan bersebelahan longkang di belakang premis baru-baru ini.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, beliau sudah mengarahkan pegawai kesihatan menjalankan pemantauan di restoran tersebut selepas video itu tular di media sosial. – MGPerak