IPOH – Kerajaan negeri Perak memutuskan untuk mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman sempena Majlis Sambutan Hari Deepavali peringkat negeri yang akan diadakan pada 23 November ini.
Untuk rekod, ini adalah kali pertama konsep ‘kurang gula’ dikuatkuasakan pada sambutan perayaan peringkat Perak.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, selain itu, makanan berminyak juga tidak dibenarkan pada majlis berkenaan. – MGPerak