GERIK – Kerajaan Perak menzahirkan penghargaan terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas pelantikan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, pada Jumaat memilih Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari tahun hadapan.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau yang mewakili rakyat jelata turut menjunjung kasih kepada Raja-Raja Melayu yang telah membuat keputusan berkenaan. – MG Perak
BACA SELANJUTNYA:
Perak zahir penghargaan lantikan Sultan Nazrin sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong