ISTANBUL – Harga kopi mencapai paras tertinggi dalam sejarah pasaran global kepada AS$3.2615 (RM14.49) sepaun di Intercontinental Exchange.
Manakala komoditi lain mengalami turun naik mendadak selepas kemenangan Presiden Donald Trump dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) bulan lepas.
Harga kopi paun meningkat lebih 70% sejak awal tahun ini.
Kebimbangan terhadap keadaan cuaca kering di Brazil, yang memberi kesan negatif kepada hasil kopi, dan kemungkinan musim sejuk di negara itu turut menimbulkan kebimbangan kenaikan harga kopi.
Serangan Houthi di Laut Merah juga menyumbang kepada kenaikan harga kerana ia memperlahankan penghantaran dari Asia ke Eropah.
Sementara itu, kepanasan melampau dan kemarau di Asia Tenggara dikhuatiri menyebabkan hasil tuaian yang lebih rendah, terutamanya di Vietnam.
Faktor ini turut memacu kepada harga kopi.
Hasil kopi dianggarkan terus menurun dengan cuaca ekstrem La Nina, yang membawa suhu lebih sejuk daripada biasa di seluruh Eropah barat.
Taufan Yagi, taufan tropika yang membawa maut dan merosakkan di Asia, melanda negara Asia Tenggara dan menjejaskan kawasan pengeluaran kopi, seterusnya meningkatkan lagi harga kopi.
Harga kopi juga akan berganda disebabkan oleh inflasi global.
Pada masa yang sama, terdapat laporan bahawa Kesatuan Eropah sedang bersedia untuk menangguhkan pengeluaran peraturan baharu bagi menghalang import beberapa produk yang dihasilkan dengan merosakkan kawasan hutan selama setahun mempengaruhi kenaikan harga kopi.
Produk tersebut termasuk kacang soya, daging lembu, minyak sawit, kayu, koko dan kopi.
Giuseppe Lavazza, Ketua Pegawai Eksekutif pembuat kopi Itali Lavazza, berkata, harga kopi akan berganda disebabkan oleh inflasi global dan perubahan iklim. – Agensi