MGPerak: Jumlah Rumah Tidak Terjual Di Perak Menurun

196

Jumlah unit rumah tidak terjual di Negeri Perak merekodkan penurunan 4,161 unit kepada 3,039 unit bagi suku ketiga tahun ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, laporan daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) itu menunjukkan impak positif kepada prestasi hartanah di negeri ini.

Katanya, Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak (LPHP) telah mengambil tindakan dalam usaha mengatasi isu lambakan rumah tidak terjual.

Jelas beliau, ia termasuk mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi mengenal pasti lokasi serta faktor yang menyumbang kepada masalah berkenaan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini