RM11.05 juta urus sampah luar kawasan PBT

IPOH – Sebanyak RM11.05 juta diperuntukkan bagi perkhidmatan pengurusan kutipan sampah di luar kawasan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Perak.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, peruntukan itu bagi menampung kos penyediaan tapak kutipan, pembelian tong sampah dan juga perkhidmatan di 171 kampung tradisi setakat ini.

Katanya, perkhidmatan itu masih diteruskan dengan mengekalkan jumlah kampung sedia ada serta memfokuskan kepada penambahbaikan operasi berkenaan.

“Setelah masuk tahun keempat pelaksanaan inisiatif ini, kerajaan negeri kini sedang mengkaji semula dasar ini untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan peringkat komuniti termasuk Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Ini kerana peranan JPKK penting dalam membantu kerajaan terhadap pelaksanaan kutipan sampah di luar kawasan operasi PBT supaya pemantauan ke atas inisiatif itu dapat ditambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Azman Noh (BN-Pengkalan Baharu) pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Selasa.

sampah luar kawasan PBT Sandrea negeri perak kampung operasi komuniti kampung
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Selasa.
Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

Pada perkembangan sama Sandrea (PH-Teja) berkata, isu pembuangan sampah haram merupakan masalah kompleks yang memerlukan pendekatan menyeluruh.

Kata beliau, punca utama masalah ini termasuk kekurangan tempat pembuangan sampah yang sesuai, terutamanya di kawasan luar bandar.

Justeru Sandrea berkata, pelbagai usaha diambil dalam memastikan masalah pembuangan sampah haram termasuk menambah baik perkhidmatan kutipan sampah secara berkala.

Di samping itu beliau memberitahu, masyarakat juga memainkan peranan penting dalam memastikan itu tersebut tidak terus berlarutan.

“Antara usaha yang diambil adalah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan titik panas lokasi pembuangan sampah haram seperti di kawasan terpencil, perindustrian dan kediaman.

“Rakaman video melalui CCTV membantu PBT untuk memudahkan penguatkuasaan daripada segi penyediaan bukti sahih bagi proses tindakan undang-undang dan kompaun,” jelas beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KPKT rancang pinda akta, hukuman berat buang sampah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI