Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya mempersoalkan Razman Zakaria yang membangkitkan hal Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS) di Meru Raya, ketika ini.
Shahrul Zaman berkata, beliau juga kesal apabila Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu tidak memberikan laluan untuk ADUN kerajaan mencelah ketika Razman membahaskan Belanjawan Negeri Perak 2025 pada Isnin. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak