MGPerak: Kanak-Kanak Berkhatan Teruja Disiram Bomba

39

Pelbagai gelagat dan aksi lucu ditunjukkan kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan Pedalaman 2024 di Kampung Chadak, Ulu Kinta pada Sabtu.

Program anjuran Pertubuhan Wanita Prihatin Perak (PWPP) yang diadakan secara percuma itu melibatkan 52 kanak-kanak terdiri daripada Orang Asli, anak yatim dan golongan asnaf berusia antara 6 hingga 14 tahun.

Di samping itu, turut diadakan beberapa aktiviti antaranya, perarakan peserta menaiki motosikal berkuasa tinggi, acara merenjis dan menyuap pulut semangat kepada peserta di pelaminan.

Selain itu, persembahan silat kepada peserta di hadapan pelamin, semburan air oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun serta kenduri rakyat bagi meraikan tetamu yang hadir. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini