Pemandu lori sampah cedera, bertembung traktor sawit

PARIT – Pemandu lori sampah mengalami kecederaan selepas bertembung dengan sebuah traktor yang membawa muatan buah kelapa sawit di Kampung Padang Changkat, Seri Iskandar, dekat sini, pada Isnin.

Mangsa dikenali sebagai, Muhamad Asrul Shahnizam Hasnulhai, 33, mengalami kecederaan pada bahagian tangan kiri susulan kemalangan jalan raya itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 3.29 petang.

Pemandu lori sampah cedera bertembung traktor sawit kemalangan jalan raya bomba mangsa
Keadaan lokasi kejadian kemalangan jalan raya melibatkan lori sampah yang bertembung dengan traktor yang membawa muatan buah kelapa sawit di Kampung Padang Changkat, Seri Iskandar. Foto JBPM PERAK
Pemandu lori sampah cedera bertembung traktor sawit kemalangan jalan raya bomba mangsa
Pasukan bomba membawa keluar pemandu lori sampah yang cedera selepas terbabit kemalangan dengan sebuah traktor yang membawa muatan buah kelapa sawit di Kampung Padang Changkat, Seri Iskandar. Foto JBPM PERAK

Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar telah diatur gerak ke lokasi kejadian kemalangan jalan raya berkenaan.

“Pasukan bomba mengaplikasikan konsep menyelamat dengan membawa keluar mangsa yang berada di kerusi pemandu keluar daripada bangkai kenderaan.

“Mangsa telah berjaya dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak petugas kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyatan pada Isnin.

Operasi yang diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Syuhaidy Fazly Yahya itu tamat pada jam 4 petang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pemandu lori bawa muatan makanan lembu cedera kemalangan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI