MGPerak: Penghuni Pusat Jagaan Mengaku Salah Sebabkan Kematian Penghuni Lain

38

Seorang penghuni pusat jagaan swasta dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas menyebabkan kematian penghuni lain pada Disember tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Azizah Ahmad.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian terhadap Muhammad Afiq Wafiuddin Lokeman, 25, dengan niat hendak menyebabkan kematian, dengan melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini