MGPerak: 51 Projek Sakit, Enam Projek Perumahan Terbengkalai Di Perak

65

IPOH – Sebanyak 51 projek sakit dan enam projek perumahan swasta terbengkalai direkodkan di Perak berdasarkan data rasmi portal TEDUH (Transforming & Empowering Data Usage in Housing), di bawah Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, pemantauan dan usaha pemulihan projek berkenaan dari segi bidang kuasa adalah di bawah JPN dan KPKT.

Menurutnya, di peringkat negeri, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) memberi perhatian khusus kepada projek yang membabitkan Rumah Perakku. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini