MGPerak: Pembangunan Infrastruktur ‘Birdwatching‘ Perlu Bersasar, Elak Ganggu Habitat

1

IPOH – Cadangan pembangunan fizikal dan infrastruktur bagi menyokong aktiviti pemerhatian burung (birdwatching) di Perak perlu dilihat secara menyeluruh bagi memastikan pembangunan yang dilaksanakan tidak menjejaskan habitat semula jadi serta ekosistem burung.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, pembangunan infrastruktur perlu dilaksanakan secara bersasar dengan hanya menyediakan kemudahan yang benar-benar diperlukan, selain mengambil kira aspek pemuliharaan alam sekitar.

Menurutnya, perkara itu perlu dibincangkan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Pejabat Daerah sebelum ia dilaksanakan. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini