Mangsa kebakaran terima rumah baharu sifatkan raya Cina amat bermakna

TAPAH – Tiada yang lebih bermakna apabila sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini dirayakan dengan rumah baru selepas kediaman asal di Kampung Baru Bukit Pagar dekat sini musnah dalam kebakaran pada Jun tahun lalu.

Tham Seng Chong, 63, berkata, dia sememangnya tidak menyangka apabila hasratnya untuk memiliki sebuah rumah baharu akhirnya tercapai.

Tahun baru cina rumah baharu kebakaran Seng Chong kediaman Shin Heng sambutan yayasan perak
Tham Seng Chong, 63, penerima Program Sayangi Rumahku daripada kerajaan negeri melalui Yayasan Perak di Kampung Baru Bukit Pagar, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 JANUARI 2025.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu untuk mendapatkan rumah. Ia menjadikan perayaan Tahun Baru Cina saya pada tahun ini lebih bermakna.

“Jika ada masa, saya akan adakan jamuan kecil-kecilkan sebagai meraikan kediaman baharu ini. Malah lazimnya, kesemua ahli keluarga turut beraya bersama-sama saya di sini,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan kunci disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng di Kampung Baru Bukit Pagar, dekat sini, pada Khamis.

Hadir sama, Eksekutif Pembangunan Sosial Yayasan Perak, Muhammad Azri Mohammad Fuzi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng meninjau rumah Tham Seng Chong, 63, penerima Program Sayangi Rumahku daripada kerajaan negeri melalui Yayasan Perak di Kampung Baru Bukit Pagar, Tapah.
Sambutan Tahun Baharu Cina bagi Seng Chong tahun ini menjadi lebih bermakna apabila diraikan di kediaman baru selepas rumahnya musnah dalam kebakaran, Jun lalu. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 JANUARI 2025.

Rumah yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan satu tandas itu dibangunkan Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak di bawah Program Sayangi Rumahku dengan kos RM75,000.

Seng Chong yang masih bujang dan bekerja sebagai buruh kampung berkata, sejak insiden kebakaran berlaku, dia hanya mampu menyewa bilik kecil bagi meneruskan hidup dengan kadar RM150 sebulan.

Tahun baru cina rumah baharu kebakaran Seng Chong kediaman Shin Heng sambutan yayasan perak

Keadaan rumah yang didiami Tham Seng Chong, 63, selepas musnah terbakar dalam kejadian pada Jun tahun lalu.

“Saya tidak ada pendapatan tetap, malah saya tidak mahu menyusahkan adik-beradik lain dengan menumpang rumah kerana mereka pun sudah ada ramai anak,” kata anak bongsu daripada 10 beradik itu.

Dalam pada itu Shin Heng berkata, beliau mengucapkan penghargaan kepada Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang meluluskan permohonan pembinaan rumah baharu warga emas itu.

Beliau berkata, permohonan itu dikemukakan pihaknya selepas mengambil kira situasi lelaki itu yang kurang berkemampuan daripada sudut kewangan.

Tahun baru cina rumah baharu kebakaran Seng Chong kediaman Shin Heng sambutan yayasan perak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng pada Program Sayangi Rumahku daripada kerajaan negeri melalui Yayasan Perak di Kampung Baru Bukit Pagar, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 JANUARI 2025.

“Sebelum ini Seng Chong mendiami rumah yang dibina menggunakan papan di atas tapak yang sama. Dan atas sebab itu juga, api marak dengan cepat dan memusnahkan rumahnya pada Jun lalu.

“Bermula dengan proses permohonan, penilaian, pembinaan dan sebagainya, akhirnya rumah baharu berjaya disiapkan dalam tempoh enam bulan.

“Selain itu saya juga gembira apabila rumah ini berjaya disiapkan sebelum Tahun Baharu Cina yang bakal disambut hujung bulan ini,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Litar pintas dipercayai punca kebakaran SJKT Ladang Ayer Tawar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI