Persidangan Perundingan Wanita Perak julung kali dilaksanakan

IPOH – Kerajaan Negeri Perak buat julung kalinya menganjurkan Persidangan Perundingan Wanita Perak 2025 yang akan menjadi platform strategik bagi membincangkan isu-isu utama berkaitan wanita.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, persidangan yang dijadualkan berlangsung pada 23 Februari ini turut mengetengahkan isu dan cadangan signifikan berkaitan wanita untuk dipertimbangkan oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, persidangan ini adalah kesinambungan daripada Program Wanita Inspirasi Negeri Perak (WINP) iaitu program inisiatif berteraskan pembangunan kepimpinan dan pemerkasaan wanita di Perak.

“Penganjuran persidangan yang julung kali diadakan ini adalah kesinambungan kepada WINP melibatkan 63 perwakilan terpilih.

“Mereka yang terpilih melalui proses pemilihan dalam WINP dan turut ada pelantikan khas yang akan dilantik berdasarkan profesion, kepakaran dan juga penglibatan serta sumbangan dalam pemerkasaaan wanita,” katanya.

Persidangan Perundingan Wanita Perak julung kali dilaksanakan
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed menyerahkan watikah pelantikan ahli perwakilan pada Sidang Media Pelancaran dan Penyerahan Watikah Ahli Pewakilan Persidangan Perundingan Wanita Perak 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 JANUARI 2025.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pelancaran dan Penyerahan Watikah Ahli Pewakilan Persidangan Perundingan Wanita Perak 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Dalam pada itu, Salbiah berkata, bagi memastikan kelancaran persidangan tersebut kerajaan negeri telah memberi mandat kepada tiga barisan kepimpinan yang memimpin persidangan tersebut.

“Kerajaan negeri telah memberikan mandat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin sebagai Pengerusi pertama persidangan; ADUN Buntong, M Thulsi Thivani dan ADUN Simpang Pulai, Wong Chai Yi sebagai Timbalan Pengerusi,” ujarnya.

Salbiah berkata, pada persidangan tersebut perwakilan akan membentangkan usul-usul berkaitan pembangunan wanita dan komuniti.

“Kemudian, kita akan mengangkat usul-usul tersebut ke peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) untuk tindakan dan pelaksanaan yang lebih berkesan,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tindakan OKU dipukul tidak wajar – Salbiah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI