MGPerak: Saya Sudah Letih: Selepas 111 Tahun Legasi Kicap Hup Teck Berakhir

555

Legasi kicap Hup Teck yang diusahakan secara tradisional lebih satu abad lalu di Kampung Rawa Baru di sini akhirnya ‘melabuhkan tirai’ sehari sebelum sambutan Tahun Baharu Cina.

MG Perak bersama rakan media lain sempat singgah ke rumah kayu satu tingkat pagi ini bagi melihat sendiri kilang pembuatan kicap yang beroperasi sejak tahun 1914.

Pengusahanya, Low Pak Tong, 72, kelihatan tenang ketika menguruskan pelanggan yang datang untuk membeli stok bekalan kicap terakhir di kilang tersebut.

Dia yang mengenakan kemeja corak kotak kuning biru dan berseluar pendek tetap mengukir senyuman walaupun di dalam hatinya mungkin menyembunyikan perasaan sedih apabila perniagaan yang diusahakan bapanya terpaksa ditutup selepas beroperasi selama 111 tahun. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini