Kanak-kanak perempuan 7 tahun mati didera, suami isteri ditahan

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki mendera anak kandung mereka hingga maut, semalam.

Penahanan itu dibuat selepas polis menerima laporan dari Hospital Kajang berkaitan kematian kanak-kanak perempuan tujuh tahun itu jam 1.11 pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihak hospital memaklumkan mangsa yang dibawa oleh ibu bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri telah meninggal dunia di wad kecemasan zon merah di hospital tersebut.

Susulan itu, bedah siasat dijalankan pada jam 12.30 tengah hari semalam.

ACP Naazron Abdul Yusof

“Hasil bedah siasat itu menemukan banyak tanda kesan dera lama dan baharu pada fizikal mangsa dan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di perut akibat objek tumpul,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Naazron , kedua-dua suspek berusia 38 dan 40 ditahan untuk permohonan reman di Mahkamah Kajang hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Asisten Superintenden Nur Ayuni Abd Aziz di talian 016-2080717,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI