Gajah liar serang rumah, tanaman nanas di Pos Perwor

SUNGAI SIPUT – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan sekawan gajah liar yang memusnahkan rumah penduduk dan tanaman nanas di Kampung Orang Asli Talang, Pos Perwor di sini, malam Sabtu lalu.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, pihaknya menerima aduan itu daripada seorang penduduk berusia 58 tahun pada awal pagi Ahad.

Menurutnya, susulan aduan tersebut, sepasukan kakitangan pejabat Perhilitan Sungai Siput Utara telah ke lokasi bagi melihat situasi kejadian tersebut.

“Jarak perjalanan ke kawasan pedalaman berhampiran Hutan Simpan Piah mengambil masa lebih sejam.

“Pada masa sama, faktor keselamatan kakitangan perlu diutamakan berikutan keadaan demografi dan keadaan yang gelap pada waktu itu.

“Justeru, dakwaan berhubung Perhilitan tidak mengambil tindakan terhadap aduan berhubung kejadian tersebut seperti video yang tular di platform media sosial adalah tidak benar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Yusof memaklumkan hasil siasatan mendapati, rumah yang diserang sekumpulan gajah liar itu mengalami kerugian kira-kira RM20,000 akibat kerosakan teruk meliputi struktur, perabot dan peti ais.

“Operasi untuk menangkap kumpulan gajah tersebut dijangka akan dilakukan dalam tempoh terdekat,” ujarnya.

Terdahulu, tular video berdurasi 50 saat di aplikasi TikTok yang memaparkan kerosakan sebuah rumah milik penduduk Orang Asli akibat serangan sekumpulan gajah liar.

Menerusi video tersebut Perhilitan didakwa tidak memberi respon terhadap aduan yang dibuat penduduk berhubung kejadian serangan sekawan gajah itu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Jangan lakukan provokasi jika ada gajah melintas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI