Perak antara penerima STR tertinggi

TELUK INTAN – Perak merupakan antara negeri di Malaysia yang tertinggi dalam mencatatkan rekod penerima permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), setiap tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, rekod Permohonan STR pada tahun ini merekodkan Perak berada di tangga kelima dengan jumlah keseluruhan borang diterima sebanyak 876,315.

Perak LHDN Teluk Intan STR Sumbangan Tunai Rahmah Menara HASiL Cukai Rekod Industri Pencapaian Kerajaan abu tariq
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berucap pada Majlis Perasmian Menara HASiL Teluk Intan, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 FEBRUARI 2025.

“LHDN telah merekodkan kehadiran sehingga 77,592 pembayar cukai setahun, dan 35,000 daripadanya merupakan komuniti dari sekitar Teluk Intan.

“Justeru itu, ruang pejabat dan kawasan bangunan baharu yang luas di Menara HASiL Teluk Intan ini menjadikan Program STR dapat dijalankan dengan lebih lancar dan sistematik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Menara LHDN yang dikenali sebagai Menara HASiL Teluk Intan, dekat sini, yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pada Selasa.

Turut berangkat ke majlis perasmian, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Perak LHDN Teluk Intan STR Sumbangan Tunai Rahmah Menara HASiL Cukai Rekod Industri Pencapaian Kerajaan abu tariq
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat meninjau kaunter HASiL pada Majlis Perasmian Menara HASiL Teluk Intan, pada Selasa. Turut mengiring keberangkatan baginda Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 FEBRUARI 2025.

Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Dalam pada itu Abu Tariq berkata, LHDN Perak berjaya mencatatkan kutipan cukai langsung sebanyak RM3.634 billion pada tahun 2024 yang mana ia merekodkan peningkatan 7.75 peratus berbanding sebelumnya.

Ujar beliau, pihaknya sentiasa mengharapkan rekod pencapaian itu akan terus ditingkatkan sejajar dengan hasrat dan sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“LHDN Perak dan Teluk Intan khususnya akan terus meletakkan strategi yang lebih signifikan dalam tahun 2025.

“Ini termasuk melihat kepada struktur ekonomi dan industri yang giat berkembang di sekitar kawasan Teluk Intan.

“Seperti industri bot nelayan Kelas C terbesar di Malaysia, industri penanaman kelapa sawit serta industri penanaman padi di sekitar Sungai Manik dan Seberang Perak,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

LHDNM bakal perkenal e-PCB Plus

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI