Warga emas ditemui meninggal dunia dalam bilik air

IPOH – Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia selepas terkunci di dalam bilik air di kediamannya di Kampung Dato’ Rosli di Trong, pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa berusia 78 tahun disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong menerima panggilan terdapat seorang warga emas terkunci di dalam bilik air pada jam 8.14 pagi.

“Seramai tujuh anggota dan sebuah jentera dari BBP Trong telah digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 8.21 pagi.

“Ketua operasi telah melakukan ‘size-up’ dan seterusnya mengaplikasi Konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Sabarodzi, anggota bomba menggunakan ‘bolt cutter’ dan ‘crow bar’ sehingga pintu berjaya di buka dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Jelas beliau, operasi yang diketuai PBK I (KUP) Yusrizal Chu Abu Bakar itu tamat sepenuhnya pada jam 8.45 pagi. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita warga emas maut, kereta terbabas langgar pokok

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI