ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin meninggal dunia

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 59, menghembuskan nafas terakhir ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Pulau Pinang, pada Sabtu.

Ishsam tidak sedarkan diri ketika sedang menyertai perlawanan persahabatan empat penjuru antara pasukan veteran bola sepak Perak, Pulau Pinang, Perlis, dan Kedah di Stadium Bandaraya di George Town, sekitar jam 6 petang.

Ketika kejadian bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Perak sekitar tahun 80-an dan 90-an itu diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan melalui peranti defibrilator luaran automatik (AED) serta resusitasi kardiopulmonari (CPR) sebelum dikejarkan ke hospital.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang

Perkara itu dimaklumkan rakan Ishsam yang juga bekas pemain bola sepak Perak, Zakaria Mohamed ketika dihubungi media, sebentar tadi.

Katanya, Ketua UMNO Bahagian Tapah merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tapah itu rebah sebaik sahaja tamat perlawanan.

“Ketika kejadian, Ishsam yang baru selesai perlawanan sedang hendak bergambar dan berbual-bual bersama rakan lain. Tiba-tiba Allahyarham rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Ishsam yang pertama kali bertanding memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi, mengalahkan empat calon lain. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Warga emas ditemui meninggal dunia dalam bilik air

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI